.:: KURSUS KPP 5 JAM diadakan pada setiap hari SABTU 10.30 pagi hingga 4.00 petang. WAKTU PENDAFTARAN MASUK KELAS: 8 pagi-9 pagi TAKLIMAT & UJIAN BUTA WARNA: 9 pagi-10 pagi. TEMPAT ADALAH TERHAD ::.

GUIDELINES

Panduan untuk CALON BARU

Pusingan Langkah 1 hingga Langkah 14 
mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu*


*********************************************************************************

Panduan untuk 
CALON TAMBAH KELAS B2 ATAU D

Mula terus ke Langkah 6. 
Tidak perlu Langkah 1 hingga Langkah 5.


Serahkan semula Lesen L (Kelas B2 atau D) semasa pendaftaran di Langkah 6 (bagi calon yang memohon tambah kelas dalam tempoh 5 tahun selepas Lesen P dikeluarkan sahaja)

Jika lesen memandu sedia ada sudah tamat tempoh Percubaan, maka lesen tambah kelas tidak memerlukan tempoh Percubaan lagi.


Jika lesen memandu sedia ada masih dalam tempoh Percubaan, maka tempoh Percubaan untuk lesen tambah kelas hanya disambung mengikut tempoh Percubaan sedia ada.


Pusingan Langkah 6 hingga Ujian Praktikal 
mengambil masa sekurang-kurangnya 5 minggu*

**********************************************************************************


Panduan untuk CALON e-RAYUAN

APAKAH e-RAYUAN?

e-RAYUAN ialah permohonan rayuan secara online bagi pemilik lesen memandu berikut sahaja:

1. Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi tempoh 1 tahun.
2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh dan gagal diperbaharui melebihi 3 tahun.

Sekiranya permohonan rayuan berjaya, pemohon akan dikecualikan daripada:
a) menghadiri kelas KPP.
b) menduduki Ujian Bahagian I (Ujian Teori).
c) menghadiri kelas Bengkel.
d) menjalani latihan amali 8 jam.

Akan tetapi, calon perlu menjalani Ujian Bahagian II dan III (Ujian Praktikal) semula.


BAGAIMANA MEMOHON?

Langkah 1: Pastikan nama pemohon tidak disenarai hitam

Klik link ini: SEMAK SENARAI HITAM
Pastikan anda daftar dahulu dalam web page tersebut. Jika disenarai hitam, calon tidak boleh memohon.

Langkah 2: Isi borang permohonan rayuan

Maklumbalas dan jawapan daripada Bahagian Pelesenan, JPJ akan memberi jawapan secara online selepas 14 hari dari tarikh permohonan. 

Langkah 3: Cetak surat jawapan permohonan

Jika permohonan lulus, bawa dokumen-dokumen ini ke JPJ Negeri terdekat:
1 salinan surat jawapan permohonan
1 salinan Kad Pengenalan/Pasport (depan dan belakang)
2 keping gambar ukuran pasport
Bayaran RM30 untuk Lesen L

Pastikan calon mematuhi syarat-syarat lain dan arahan-arahan lain yang dinyatakan dalam surat jawapan permohonan.

Jika permohonan gagal, maka calon perlu ulang semula proses mendapatkan lesen memandu sebagai CALON BARU (Ulang Langkah 1 hingga Langkah 14)

Langkah 4: Isi borang pendaftaran institut

Isi borang pendaftaran. Klik ini: BORANG PENDAFTARAN

Langkah 5: Memohon pengeluaran Lesen L

Permohonan Lesen L perlu dibuat di JPJ Negeri terdekat. Bawa dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam Langkah 3.

Langkah 6: Buat bayaran di pejabat Cangiran, Jalan Kulas

Bawa dokumen-dokumen ini:
1 salinan Kad Pengenalan/Pasport (depan dan belakang)
1 salinan Lesen L (depan dan belakang)
1 salinan surat jawapan permohonan rayuan

Pembayaran perlu dibuat. Rujuk bahagian PRICES untuk senarai harga.

Langkah 7: Hadir Latihan Amali 4 Jam  

Calon digalakkan untuk menjalani latihan amali sekurang-kurangnya 4 jam walaupun latihan amali dikecualikan seperti yang dinyatakan dalam surat jawapan permohonan. Ini bertujuan untuk melatih calon-calon supaya mahir dan membiasakan diri dengan peraturan-peraturan, teknik-teknik, dan laluan untuk Bahagian III semasa Ujian Praktikal nanti.

Langkah 8: Ulang Langkah 10 hingga Langkah 14

Calon e-Rayuan perlulah mengikuti langkah yang sama seperti calon baru mulai Langkah 10 hingga Langkah 14.

Diingatkan bahawa calon e-Rayuan yang telah lulus Ujian Praktikal akan melalui tempoh Percubaan selama 2 tahun sekali lagi.




VOUCHER

VOUCHER

CONTACT US

Nama:
No. Telefon:
Email:
Jenis: Aduan
Pertanyaan
Pesanan
Komen
Cadangan

APPLY NOW!! APPLICATION FORM Tolong kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Maklum balas anda amatlah dihargai. Terima kasih