1. Di manakah dan bilakah saya perlu mendaftar?
Anda dikehendaki mendaftar di pejabat Institut Memandu Cangiran, Jalan Kulas dan pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum kursus.
2. Apakah yang perlu dibawa semasa pendaftaran?
Kad pengenalan, lesen memandu L/P/CDL (jika ada), dan wang tunai untuk pembayaran kursus.
3. Bolehkah saya mendaftar bagi pihak orang lain?
Ya, pastikan anda mempunyai butir-butir calon; nama, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon.
4. Apakah mod pembayaran?
Mod pembayaran: Tunai
5. Bolehkah saya membayar secara ansuran?
Ya, bayaran boleh dibuat mengikut peringkat.
Pakej Fi-1 RM319 / Pakej Fi-2 RM419
1. Siapakah yang layak mengambil pakej ini?
Orang Awam Malaysia sahaja yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan oleh pihak institut.
2. Bolehkah saya membayar secara ansuran?
Tidak, bayaran penuh diperlukan.
3. Saya sudah mempunyai CDL/PDL untuk Kelas D, bolehkah saya mengambil pakej ini untuk tambah kelas B2?
Tidak.
4. Saya telah menghadiri KPP 5 Jam sebelum ini tetapi Sijil KPP sudah tamat tempoh. Bolehkah saya mengambil pakej ini?
Tidak.
5. Adakah wang akan dikembalikan jika saya tidak tamat mengikuti proses pengambilan lesen memandu?
Tidak.
Pelaksanaan Penyelarasan Tarikh Tamat Lesen Memandu Mengikut Tarikh Lahir Pemegang Lesen (untuk pemegang Lesen Memandu Kompeten, CDL sahaja)
KLIK GAMBARAJAH UNTUK IMEJ LEBIH BESAR




