.:: WHATSAPP 0198380219 ::. .:: MERDEKA MONTH SPECIAL 2017 - Dapatkan DISCOUNT VOUCHER sehingga RM130 untuk pendaftaran 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 ::.

HELPDESK

Calon-calon yang sudah mula mengikuti program belajar memandu bolehlah menyemak status melalui JPJ Helpdesk. Perkhidmatan ini disediakan oleh MyEG SERVICES BERHAD yang merupakan salah satu service provider yang menghubungkan pihak kerajaan dan rakyat/perniagaan. Namun, data-data (maklumat pelajar) yang terkandung dalam JPJ Helpdesk adalah data-data yang direkod di JPJ dan pencapaian ke web tersebut adalah bergantung kepada server JPJ. Guna Internet Explorer sahaja.

Cara-cara menyemak:

1. Klik DI SINI.

2. Satu page akan keluar seperti ini.
Masukkan NO. KAD PENGENALAN / NO. PASPORT dan KATEGORI.
Contoh:
IC. no: 830110135757
Category: Citizen of Malaysia Kemudian klik SUBMIT.
 
3. Contoh maklumat pelajar adalah seperti berikut.
 
Status KPP
Terdapat tarikh dan masa calon hadir KPP, No. sijil KPP (valid 1 tahun sahaja mulai tarikh kehadiran KPP). Kod institut memandu terdapat pada nombor sijil. Contohnya, QK102. Ini bermaksud calon tersebut hadir KPP di Institut Memandu Cangiran.


Status Tempahan
Status ini menunjukkan calon telah pun membuat tempahan Ujian Bahagian 1 Berkomputer. Maklumat tempahan adalah seperti berikut. Pusat E-Khidmat: di mana calon menduduki Ujian Bahagian 1 Berkomputer. Contohnya, Pusat Ujian : KUCHING. Maka calon perlulah ke Pusat Ujian MyEG KUCHING pada Tarikh Ujian dan Masa Ujian yang dijadualkan. Terdapat juga rekod bila tempahan dibuat. ID Tempahan pula ialah ID untuk mengenalpasti tempahan ujian tersebut dibuat untuk siapa. Sekiranya calon TIDAK menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan, maka calon perlulah membuat pembayaran dan tempahan untuk ujian semula. Begitu juga calon yang GAGAL Ujian Bahagian 1 Berkomputer, pembayaran dan tempahan Ujian Bahagian 1 Berkomputer (ulangan) perlulah dibuat.

Status Ujian Teori
Ujian Teori ialah Ujian Bahagian 1 Berkomputer. Keputusan, tarikh dan masa ujian dinyatakan di sini. Calon yang lulus, Keputusan: PASS. Sebaliknya, calon yang gagal, Keputusan: FAIL.


Status Pra-L 
Pra-L ialah ialah status kehadiran BENGKEL 6 JAM. Jika data calon sudah terkandung di bahagian ini, maka Lesen L sudah boleh dikeluarkan. Kelas dinyatakan menunjukkan kelas yang diambil oleh calon. Contohnya, Kereta = Kelas D. Tarikh, masa kehadiran, no. sijil juga dinyatakan. Kod di mana calon menghadiri kursus juga turut dinyatakan. Contohnya, QK102. Maka calon telah menghadiri Bengkel 6 jam di Institut Memandu Cangiran.

Diharap maklumat disampaikan di sini dapat membantu anda untuk menyemak status pengambilan lesen memandu.


Boleh juga semak melalui link ini:


CONTACT US

Nama Penuh:
No. Telefon:
Email:
Jenis: Aduan
Pertanyaan
Pesanan
Komen
Testimonial
Cadangan

APPLY NOW!! APPLICATION FORM Tolong kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Maklum balas anda amatlah dihargai. Terima kasih