PENTING!
Ruangan ini untuk TEMPAHAN UJIAN TEORI BAHAGIAN I BERKOMPUTER calon-calon IM CANGIRAN sahaja.
Pusat Ujian pilihan ialah Pusat Ujian RILEK Simpang Tiga dan RILEK Batu 7. Pusat Ujian ini TUTUP pada setiap Cuti Umum.
Sila semak HELPDESK untuk status tempahan selewat-lewatnya 1 jam sebelum ujian. Adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak HELPDESK untuk mengelakkan sebarang masalah tempahan ujian.
Jika masih tiada rekod tempahan ujian dalam HELPDESK boleh rujuk pendaftar di pejabat atau tutor masing-masing.
INGAT! Tempahan yang sudah dibuat tidak boleh ditukar. Semak tempahan sebelum "HANTAR". Buat tempahan selewat-lewatnya 3 hari (72 jam) sebelum tarikh ujian. Semak email untuk mendapatkan maklum balas daripada kami.
Apa yang perlu dibawa?
1. MYKAD
2. Smart Card (jika ada)
3. RM10 untuk tujuan bayaran Photo Taking. Bayaran ini dicaj oleh Pusat Ujian RILEK dan perlu dibayar di pusat ujian tersebut.
Peraturan Pakaian Calon-Calon
3. RM10 untuk tujuan bayaran Photo Taking. Bayaran ini dicaj oleh Pusat Ujian RILEK dan perlu dibayar di pusat ujian tersebut.
Peraturan Pakaian Calon-Calon
Lelaki: Kemas, Baju berkolar, Seluar panjang, kasut (Selipar/Sandal, Seluar Pendek, dan Topi TIDAK DIBENARKAN).
Perempuan: Kemas dan sopan (Skirt pendek, seluar pendek, baju tidak berlengan, dan selipar TIDAK DIBENARKAN).
Bayaran Ujian Ulangan
Kelas B2: RM17 (Kupon Putih) + Caj perkhidmatan RM5 = RM22
Kelas D: RM27 (Kupon Hijau) + Caj perkhidmatan RM5 = RM32
Pakej 2 in 1 (B2 dan D): RM27 (Kupon Hijau) + Caj perkhidmatan RM5 = RM32
Kelas B2: RM17 (Kupon Putih) + Caj perkhidmatan RM5 = RM22
Kelas D: RM27 (Kupon Hijau) + Caj perkhidmatan RM5 = RM32
Pakej 2 in 1 (B2 dan D): RM27 (Kupon Hijau) + Caj perkhidmatan RM5 = RM32
Untuk tempahan, isi ruangan di bawah. Untuk kategori bukan warganegara Malaysia, masukkan nombor pasport dalam ruangan No. KP.
INGAT! Tempahan yang sudah dibuat tidak boleh ditukar.
Semak tempahan sebelum "HANTAR".
Jika gagal ujian, simpan keputusan ujian dan buat bayaran dan tempahan Ujian Ulangan di pejabat kami (walk-in) atau Online Banking (maklumat nombor akaun akan diberi melalui e-mail).
Jika lulus, bawa keputusan ujian teori ke pejabat kami untuk pendaftaran kelas Bengkel selewat-lewatnya 1 hari sebelum hadir Bengkel (bagi calon yang belum membuat bayaran kelas Bengkel sahaja).
Bagi calon yang memohon Pakej Fi-1 dan Fi-2, terus hadir kelas Bengkel pada hari Sabtu jam 8.30 pagi.
Bagi calon yang memohon Pakej Fi-1 dan Fi-2, terus hadir kelas Bengkel pada hari Sabtu jam 8.30 pagi.
Bagi calon Kelas D atau Pakej 2 in 1 yang telah buat bayaran kelas Bengkel, terus hadir kelas Bengkel.
Rujuk GUIDELINES untuk proses seterusnya.
SELAMAT MAJU JAYA!

